|
What is the meaning heart?
Apakah Erti Jantung?
Apakah Erti Qalbu?
Benarkah Jantung di jadikan dahulu dan di matikan dahulu?
Inilah persoalan yang inginkan jawabannya.
Setelah Adam a.s ciptaan Allah menjadikannya dari tanah dan memasukkan ruh bagi menghidupkannya pada permulaannya Allah hidupkan jantungnya dan di kawal selia sepanjang masa untuk mengalirkan darahnya keseluruh tubuh badannya agar Adam boleh bergerak dengan berbagai gerakan yang tertentu dan terhad ke atas satu sifat tubuh badan itu. Contohnya, telinga boleh mendengar sekelilingnya dalam 360 darjah, mata boleh melihat dalam 180 darjah dan menggunakan tengkok nya dapat menambahkan lagi 45 darjah sama ada ke kanan atau ke kiri.
Tugas jantung adalah mengalirkan dan membekalkan darah kepada semua tubuh badan agar semua makhluk-makhluk halus yang memain peranan masing-masing yang terhad itu dapat hidup dan bergerak apabila ia digerak bilamana isyarat dari akal otak Adam mengarahkannya untuk bergerak. Allah mengawal selia Jantung Adam dan diberi tugas setiap malaikat yang menjaga dan mengawal selia setiap makhluk itu bertindak mengikut arahan isyarat akal otak Adam melalui urat saraf yang mempunyai pasangannya satu mengalir keluar dari akal otak dan satu masuk kembali ke akal otak bagi menentukan perimbangan sama ada pergerakan yang sedang dilakukan itu lebih atau tidaknya di tentukan isyarat mata yang melihat dan telinga yang mendengar kepada sesuatu pergerakan itu.
Sebab itulah niat kita menuju ke arah jantung kita agar jantung kita dapat mengalirkan darah mengikut kadar yang terhad ke atas keperluan sesuatu kerja yang di lakukan oleh anggota badannya. Contohnya sekiranya Adam hendak mengangkat sesuatu yang ringan maka akal otak adam akan mengarahkan jantung mengalirkan darah tekanan rendah secukup keperluannya. Jantung akan mengalir lebih kuat tekanannya apabila Adam mengangkat sesuatu yang lebih berat.
Jantung mempunyai sepasang atau dua saluran darah, satu mengalir keluar dan satu lagi mengalir masuk. Semua saluran darah mempunyai sifat yang sama. Pasangan atau dua saluran darah yang paling penting adalah saluran darah yang membekalkan kepada diri jantung itu sendiri di mana Allah ciptakan urat yang lebih sebagai alat ganti sekiranya urat jantung ini rosak. Lebihan urat itu berada pada kaki kanan dan kiri Adam.
Mengakhiri riwayat Adam maka Allah matikan jantung Adam terlebih dahulu maka lain-lain anggota badan nya akan turut sama mati kemudian. Barulah ruh adam di bawa oleh malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Maka memanglah benar bahawa jantung di jadikan yang pertama dan di matikan yang pertama juga. |